Latar belakang penulisan Harry_Potter_and_the_Deathly_Hallows

Pilihan tajuk dan epigraf

Tajuk buku ke-7 dari laman JK Rowling.

Sebelum mendedahkan tajukya, J.K Rowling pernah terfikirkan tiga tajuk yang agak sesuai untuk novel ini iaitu Harry Potter and the Deathly Hallows (Harry Potter dengan Azimat Maut), Harry Potter and the Elder Wand ("Harry Potter dan Tongkat Penatua") dan Harry Potter and The Peverell Quest ("Harry Potter dan Pemburuan Peverell"). Akhirnya, tajuk Harry Potter and the Deathly Hallows telah dipilih. Menjelang Krismas iaitu pada 21 Disember 2006, J.K. Rowling memperkenalkan tajuk bagi buku terakhir ini di laman web rasminya sebagai hadiah Krismas daripadanya kepada peminat dan untuk mengetahui tajuknya, pengunjung perlu memainkan sebuah permainan perkataan hangman di mana jawapan betul akan memaparkan tajuk mutakhir. Dikhabarkan, terdapat sepucuk nota yang ditulis oleh J.K Rowling di Hotel Balmoral di Edinburgh yang tertera "J.K Rowling telah siap menulis Harry Potter and the Deathly Hallows di dalam bilik ini (652) pada 11 Januari 2007."

Kesemua buku di dalam siri Harry Potter mempunyai dedikasi yang tertentu, dan bagi novel yang terakhir ini ia turut mempunyai sebuah epigraf selain daripada ucapan dedikasi daripada J.K Rowling. Ia mengandungi dua ungkapan yang berkaitan dengan kematian dan persahabatan. Ungkapan pertama adalah daripada karya "The Liberation Bearers" iaitu terjemahan bahasa Inggeris daripada karya Yunani kuno abad kelima sebelum Masihi oleh Aeschylus. Ungkapan kedua adalah daripada "More Fruits of Solitude" (1682) oleh William Penn, seorang penulis Quaker berpengaruh.

Kempen pemasaran

Tujuh Soalan Scholastic
Semasa tempoh hampir-hampir buku mula dijual, penerbit buku Scholastic telah mengeluarkan 7 persoalan yang akan dijumpai peminat dalam buku ini.
  1. Siapa yang akan hidup? Siapa yang akan mati?
  2. Adakah Severus Snape Baik atau Jahat?
  3. Adakah Sekolah Hogwarts Akan Dibuka Semula?
  4. Siapa yang menipu dengan Siapa?
  5. Di manakah Horcrux-Horcrux berada?
  6. Adakah Voldemort Akan Dikalahkan?
  7. Apakah objek Azimat Maut?

Pelancaran buku tersebut telah disambut dengan majlis penandatangan dan pembacaan buku yang diadakan di Muzium Sejarah Semulajadi di London yang dihadiri oleh Rowling sendiri dan 1700 tetamu yang terpilih melalui undian. Rowling bercadang untuk melakukan lawatan ke Amerika Syarikat pada Oktober 2007, di mana satu lagi acara akan diadakan di Dewan Carnegie di New York di mana tiket-tiket diambil secara cepu lumba kuda.

Scholastic Inc., penerbit novel Harry Potter versi Amerika telah melancarkan kempen "THERE WILL SOON BE 7" yang bermaksud "AKAN ADA YANG KETUJUH" yang bernilai jutaan Dollar dengan kempen pemasaran melalui 'Bas Knight ' yang akan mengembara ke 40 perpustakaan seluruh Amerika selain mengadakan perbicangan peminat secara dalam talian, penanda buku untuk dikumpul, tatu dan pelepasan buku yang ketujuh yang akan dilakukan di atas pentas.

Scholastic juga mengacarakan "Harry Potter Place" — satu acara jalanan yang magikal dan menarik di ibu pejabat Scholastic di bandar New York, di mana edisi Harry Potter and the Deathly Hallows yang ditandatangani akan didedahkan. Sambutan tersebut termasuklah penayangan pokok Whomping Willow setinggi 6 meter, yang turut disertai oleh pengecat muka, pembuat tongkat sakti, pemakan api, ahli sihir, penjugel dan pejalan kaki yang menggunakan jangkungan.

Beberapa kedai buku juga telah membina gerai kecil yang memaparkan penanda buku percuma untuk diambil. Penanda buku tersebut menjelaskan alasan Snape patut dipertimbangkan sebagai seorang kawan atau lawan dengan logo Azimat Maut di bawahnya.

Semasa penulisan Bahagian Akhir

Rowling telah menyiapkan bukunya semasa menetap di Hotel Balmoral di Edinburgh pada Januari 2007, dan telah meninggalkan satu kenyataan bertanda tangan di atas satu patung marmar Hermes di dalam biliknya yang bertulis: "J.K Rowling finished writing Harry Potter and the Deathly Hallows in this room (652) on 11 January 2007" yang bermaksud ("J.K Rowling telah menghabiskan penulisan Harry Potter and the Deathly Hallows di dalam bilik ini (652) pada 11 Januari 2007"). Dalam satu kenyataan di dalam laman web beliau, beliau mengatakan, "I've never felt such a mixture of extreme emotions in my life, never dreamed I could feel simultaneously heartbroken and euphoric" ("Saya tidak pernah merasai perasaan bercampur baur yang kuat, tidak pernah bermimpi saya boleh merasai perasaan kecewa dan kegembiraan yang teramat sangat secara serentak"). Beliau telah membandingkan perasaan beliau dengan perasaan yang telah diungkapakan oleh Charles Dicken dalam satu bahagian dalam novel tahun 1850 oleh Charles Dicken iaitu David Copperfield, "a two-years' imaginative task" yang bermaksud ("satu tugasan mengimaginasi selama dua tahun"). "To which," she added, "I can only sigh, try seventeen years, Charles..." yang bermaksud ("Yang," tambah beliau, "saya hanya boleh mengeluh, cubalah 17 tahun, Charles...") Beliau mengakhiri mesej beliau, bahawa "Deathly Hallows" ialah kegemarannya dan ia merupakan cara yang amat sempurna untuk menamatkannya.

Apabila ditanyakan mengenai buku yang akan datang sebelum buku yang ketujuh keluar,beliau menyatakan bahawa dia tidak boleh mengubah bahagian penamat sungguhpun beliau mahukannya. "Buku-buku ini telah diplotkan buat sekalian lama, dan pada masa buku yang keenam sekarang, kesemuanya menuju ke arah yang tertentu. Jadi saya benar-benar tidak mampu mengubahnya." Beliau juga telah membuat satu kenyataan bahawa buku keenam Harry Potter dengan Putera Berdarah Kacukan berkait rapat dengan buku yang ketujuh, "seperti setiap satunya merupakan separuh daripada sebuah novel yang sama". Beliau juga telah mengatakan bahawa bab akhir buku ini telah ditulis seperti dalam tahun 1990, sebagai satu bahagian antara karya-karya terawal beliau.

Sekatan 'Spoiler'

J.K Rowling telah membuat satu permintaan awam bahawa kepada sesiapa yang mendapat maklumat tambahan mengenai buku tersebut hendaklah menyimpan maklumat tersebut untuk individu itu sahaja, dan dalam usaha untuk memastikan bahawa maklumat mengenainya tidak diceritakan kepada mereka yang masih belum membacanya. Setakat ini, pihak Bloomsbury telah membelanjakan £10 juta pound sterling dalam usaha untuk memastikan rahsia di dalam buku terakhir ini kekal selamat hingga 21 Julai iaitu tarikh pelepasan. Arthur Levine, seorang editor novel Harry Potter versi Amerika Syarikat menafikan kenyataan bahawa beberapa buku Harry Potter dengan Azimat Maut telah diedarkan untuk kenyataan media. Tetapi dua akhbar di Amerika Syarikat telahpun menyiarkan kenyataan media terlebih dahulu. Terdapat satu spekulasi bahawa terdapat kedai-kedai buku yang sanggup melanggar sekatan tersebut dan telah mengedarkan buku ini dengan lebih awal.